Berbaloi kawal marah
Diriwayatkan daripada Muadz bin Anas Al-Juhani RA, bahawa Nabi salallahualaihiwassalam bersabda;
من كظم غيظًا وهو قادرٌ على أن يُنفذه دعاه الله عز وجل على رؤوس الخلائق حتى يُخيِّره من الحور ما شاء
'Barangsiapa yang menahan kemarahannya, padahal dia mampu untuk melepaskannya, maka kelak pada hari kiamat Allah ‘Azza Wa Jalla akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk dan Allah akan memberikannya hak untuk memilih di antara bidadari syurga yang mana satu yang dia mahu.'
HR. Ahmad, Abu Daud dan al-Tirmidzi, Kata Hafiz al-Munziri, perawi hadith ini yang bernama سهل بن معاذ بن أنس الجهني ialah seorang yang dhaif.
Manakala daripada Abu Darda RA bahawa Nabi salallahualaihiwassalam diriwayatkan bersabda kepada sahabatnya dengan berkata;
لا تغضب ولك الجنة
Janganlah marah nescaya bagimu syurga.
HR. Al-Tabarani.
# Kesabaran sentiasa membuahkan kebaikan kepada orang yang beriman!
أَسْأَلُكَ كَلِمَةَ الْحَقِّ فِي الْغَضَبِ وَالرِّضَا
-Emran Ahmad